|
Matematik hijau Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.  Tema bagi edisi kali ini ialah Matematik Hijau. Matematik hijau ialah matematik yang dibangunkan sebagai tindak balas kepada isu-isu alam sekitar dan soalan dalam ekologi dan biologi. Dalam abad ke-21, ia semakin meningkat berkenaan bidang ini berbanding bidang seperti fizik zarah asas yang mencetuskan pembangunan dalam matematik baru. Secara khususnya, pembangunan matematik yang mencukupi untuk sistem ekologi dan biologi sistem adalah satu cabaran besar. Tahukah anda bahawa Matematik juga tersembunyi di sebalik warna hijau. Edisi pada kali ini, kita akan cuba mengupas isu ini berdasarkan ruangan yang tersedia. Semoga adik-adik dapat mendapat input yang baik. Ruangan KERJAYA akan memfokuskan kepada Sains Akuatri. APLIKASI pula akan memperlihatkan tips penjimatan wang dan tenaga di rumah. Sejarah teh hijau akan dirungkai dalam ruangan SEJARAH. Ferdinand Porsche merupakan pencipta kenderaan hibrid yang pertama dalam ruangan TOKOH PELAJARI MATEMATIK dengan membincangkan bagaimana mengira sesuatu nombor apabila didarabkan dengan 11. UJI MINDA dengan permainan Sudoku yang menguji minda adik-adik dalam menyusun stratergi. Ikuti STATISTIK pembuangan sampah di Bumi.
|