|
Bagaimana sesuatu nombor apabila didarabkan dengan 11
Salam ziarah adik-adik ke Dunia Matematik…! Edisi kali ini saya hendak berkongsi dengan adik-adik bagaimana mengira sesuatu nombor apabila didarabkan dengan 11. Sudah tentu adik-adik mengambil masa yang agak lama ataupun memerlukan bantuan teknologi kalkulator untuk mengiranya. Seperti mana yang adik-adik sedia maklum bahawa Matematik merupakan subjek yg cukup indah, magic dan sebagainya. Justeru, satu-satu persoalan tentunya ada cara mudah untuk menyelesaikannya. Terdapat beberapa langkah mudah untuk mengira hasil darab. Cuba adik-adik rujuk contoh dibawah Contoh 1 : 54 x 11 1. Pisahkan dua nombor tersebut. (5__4) 2. Tambahkan nombor 5 dan 4. (5+4=9) 3. Letak nombor 9 ditempat kosong tersebut. (54 x 11 = 594) Contoh 2 : 113 x 11 1. Pisahkan nombor tersebut. (1*# 3) 2. Tambahkan nombor 3 dan 1 untuk jawapan (#). Manakala tambahkan nombor 1 dan 1 untuk jawapan (*). 3. 113 x 11 = 1243 Sekarang, bagaimana pula jika hasil tambah nombor tersebut lebih daripada 9? Mari adik-adik rujuk contoh seterusnya. Contoh 3 : 57 x 11 1. Pisahkan dua nombor tersebut. (5__7) 2. Tambahkan nombor 5 dan 7. (5+7=12) 3. Letakkan nombor 2 ditempat kosong dan nombor 1 dibawa kedepan iaitu 5 ditambahkan dengan 1. (5+1=6) 4. 57 x 11 = 627 Selesai ! sekarang mari adik-adik cuba dengan nombor yang lain-lain. Selamat mencuba..!
|