|
GAUSS JORDAN ELIMINATION Assalamualaikum dan salam sejahtera khas buat pengunjung Dunia Matematik. Wah sudah bulan Julai rupanya, semakin hari semakin cepat rasanya masa berlalu,masa berlalu tanpa berhenti dari rodanya.maka dengan itu marilah kita penuhkan ilmu didada agar ia menjadi sesuatu yang berguna pada masa hadapan. Mesti adik-adik berasa sangat seronok menerokai Dunia Matematik kerana matematik merupakan sesuatu yang menyeronokan.setujukah adik-adik? Ok,perisian yang nak dikongsi pada bulan Julai ini ialah Gauss Jordan Elimination Apakah itu Gauss Jordan elimination? Mungkin adik-adik pernah belajar matrik di zaman sekolah semasa di tingkatan 5,mesti pernah mendengar istilah matrik identiti.oleh itu,peririsian ini membantu adik-adik mencari matrik identiti tanpa menggunakan formula. Adik-adik hanya perlu memasukan nilai-nilai dan sekelip mata terus mendapat jawapan,mudah kan..? Bagaimana hendak memuat turun perisian ini? Adik-adik boleh memuat turun perisian ini dihttp://home.hccnet.nl/david.dirkse/math/edown/lineq.exe Seterusnya adik-adik boleh melihat skrin dibawah untuk langkah-langkah penggunaannya.
Selepas memuat turun perisian ini,adik-adik akan ditunjukan gamabr seperti diatas. Disini adik-adik boleh menambah atau mengurang bilangan lajur(columns) dan baris(row). Seterusnya adik perlu memasukan nilai-nilai di ruangan a,b,c.sila lihat skrin diatas  Seterusnya lihat kepada butang mode. Mode tersebut mempunyai 2 fungsi. Fungsi yang pertama adalah terus(direct). Bagi mengenalpasti mode tersebut adalah direct,garis tersebut berbentuk linear. Fungsi direct ini membolehkan adik-adik akan terus mendapat jawapan tanpa menunjukan satu demi satu jalan penyelesaian. Berbeze dengan fungsi yang kedua,fungsi kedua dipanggil step,. Fungsi step adik-adik akan melihat bentuk garis seperti tangga. Ini menujukan adik-adik satu demi satu jalan penyelesaian. Sebagai contoh seperti skrin diatas Butang save adalah untuk menyimpan data agar tidak terpadam untuk kegunaan masa lain Setelah selesai memasukan nilai dan mode yang dikehendaki,adik-adikperlu menekan butang GO. Akhir sekali,adik-adik akan akan mendapat jawapan untuk matrik identiti. Ok,senang je kan,adik-adik boleh mencuba contoh ini 3x + 2y + 6z = 10 4x + 5y + z = 4 5y+4z = 5
|