Home 2008 Mei 2008 Isu Semasa Penggunaan ICT Dalam Matematik

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Aktiviti Matematik


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Keluaran Lepas


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Siapa Online?

We have 16 guests online

Penggunaan ICT Dalam Matematik PDF Print E-mail
Written by Fakhrur Razi Ahmad   
Thursday, 01 May 2008 12:32

 

 

Perkembangan penggunaan komputer di Malaysia semakin memberansangkan. Namun begitu, kebanyakkan pengguna di Malaysia masih bergantung kepada perisian komersial Microsoft Windows untuk sistem pengoperasian komputer. Tahukah anda selain daripada Microsoft Windows, terdapat sistem operasi lain yang setanding dengannya. Apa yang lebih menakjubkan perisian tersebut adalah PERCUMA dan ORIGINAL. Diantara perisian tersebut ialah LINUX, FREE BSD dan sebagainya.

 

Linux adalah sebuah perisian sumber terbuka di bawah lesen GNU. Ketika ini lesen Linux dipegang oleh pengasas utamanya iaitu LINUS TORVALDS. Linux bermula di Suoen Tasavalta, Finland, di mana seorang mahasiswa bernama LINUS TORVALDS mengikuti kuliah Unix dan bahasa pengaturcaraan C. Ketika itu, TORVALDS menggunakan sistem operasi mini berasaskan Unix bernama Minix. Beliau berpendapat bahawa Minix mempunyai banyak kelemahan dan beliau berkeyakinan untuk membuat lebih baik dari itu. Pada Oktober 1991, Torvalds menghasilkan sistem yang baru dan stabil yang boleh digunakan pada komputer peribadi. Sejak saat itulah Linux berkembang dan merubah wajah dunia komputer hingga saat ini.

 

 

 

Linux di Universiti Teknologi Malaysia

 

 

 

Di Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menggunakan sistem Linux dalam pengajaran dan penyelenggaraan pelayan. Disamping itu, Fakulti Pendidikan juga menggunakan perisian sumber terbuka yang beroperasi pada Linux untuk melatih guru-guru pelatih. Perubahan penggunaan dari Microsoft Windows kepada Linux banyak dipengaruhi oleh keperluan menghasilkan bakal-bakal guru yang mempunyai nilai kemahiran generik iaitu menghormati hak harta intelek. Rasional disebalik penggunaan Linux ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada guru pelatih bahawa :

 

a) kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada satu-satu perisian tertentu sahaja tetapi perisian yang pelbagai dan terbuka bagi menggalakkan perkembangan dunia teknologi dalam pendidikan.

b) kita perlu menghargai usaha pembangunan sistem operasi selain daripada Microsoft Windows.

c) perisian percuma dan bersumberkan terbuka, menjimatkan perbelanjaaan dan mengelakkan pencabulan harta intelek

 

 

Di Fakulti Pendidikan, dalam tempoh empat tahun ini, Linux digunakan dalam subjek Pendidikan Amali Matematik (SPN 2332) yang dirangka dan dikhususkan untuk menggalakkan pelajar menggunakan perisian Linux bagi menjalankan aktiviti amali matematik. Guru pelatih dikehendaki untuk meneroka dan mengalami sendiri pengalaman menggunakan perisian tertentu supaya mereka dapat memahami konsep dan menguasai kemahiran penggunaan komputer dalam P&P matematik.

 

 

Dalam menyahut kempen kerajaan menggunakan sumber perisian percuma, guru-guru pelatih di UTM didedahkan kepada penggunaan OpenOffice spreadsheet, drawing, formula dan pemprosesan perkataan, KDE interactive geometry, perisian bergraf GNUplot dan KTurtle untuk pengaturcaraan. Berikut merupakan paparan daripada perisian berkenaan:

 

 

a) Objek matematik 3D dihasilkan oleh Open Office drawing

 

 

 

 

 

 

 

 

b) Pengiraan boleh dilakukan menggunakan spreadsheet

 

 

 

 

 

 

c) Graf yang dihasilkan oleh spreadsheet Open Office

 

 

 

 

 

 

 

 

 

d) Graf dihasilkan oleh Gnuplot

 

 

 

 

 

 

e) Graf untuk menyelesaikaan masalah populasi

 

 

 

 


f) Pembuktian geometri menggunakan KDE Interactive Geometry

 

 

 

 

g) Corak geometri yang dihasilkan oleh KDE Interactive Geometry

 

 

 

 

 

h) Graf 3D dihasilkan oleh perisian Gnuplot

 

 

 

 

Comments (0)

Last Updated on Sunday, 18 May 2008 08:15
 

Daftar Masuk






Forgot your password?
Forgot your username?
No Account Yet? Create an account

Undian

Adakah pencapaian subjek Fizik bergantung kepada prestasi dalam subjek Matematik?
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.