Home 2008 November 2008 Sejarah Sejarah : Matematik Dahulu dan Sekarang

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Aktiviti Matematik


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Keluaran Lepas


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Siapa Online?

We have 10 guests online

Sejarah : Matematik Dahulu dan Sekarang PDF Print E-mail
Written by Syed Zul Helmi Bin Syed Amran   
Wednesday, 17 September 2008 15:12

 

 

 

 

 

Hai pembaca semua. Bertemu kita lagi di ruangan SEJARAH Dunia Matematik. Bagi yang muslim selamat menyambut hari raya puasa dan bulan syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Sedar tidak sedar sudah sembilan keluaran majalah Dunia Matematik diterbitkan. Baiklah, bersempena dengan fokus pada bulan ini iaitu Matematik sebagai bahasa, ruangan SEJARAH akan menyajikan anda semua bagaimana bahasa dan cara penulisan yang digunakan oleh ahli matematik terdahulu dengan sebutan zaman kini dalam salah satu cabang matematik iaitu Algebra. Selain itu, SEJARAH juga meyediakan anda semua dengan asal-usul dan perkembangan sistem nombor sehinggalah yang kita guna pakai sekarang. Jadi selamat membaca.

 

              

 

Tahukah anda apakah itu Algebra? Algebra itu sendiri berasal dari perkataan Arab iaitu al-jabr yang bermaksud bentuk pengubahan urutan dalam sebutan negatif dari satu persamaan kepada bentuk persamaan yang lain.Contoh persamaan bagi 2x-3 = 7 akan menjadi 2x = 7 + 3 dengan menggunakan al-jabr. Algebra ini sangat penting dan boleh dikatakan mempunyai sifat hubungan kuantitatif dan banak diaplikasikan di dalam banyak bidang seperti sains fizikal, sains social, statistic, perniagaan dan sebagainya.

Baiklah, sekarang kita lihat bagaimana cara sebutan dan cara menulis oleh ahli matematik terdahulu dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Pada tahun 1545, seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman itu iaitu Cardano telah menulis di dalam bukunya Ars Magna de Rebus Algebraicis, beliau menulis sebagai “ cubus p. 6 rebus aequalis 20” dimana dalam sebutan kita adalah disebut sebagai “x kuasa tiga tambah enam x sama dengan dua puluh” atau dalam English kita menyebut “x cubes plus six x equal twenty”. Yang menariknya, beliau menggunakan sebutan itu dalam bukunya untuk menghuraikan masalah yang terdapat di dalam algebra. Bayangkanlah jika kita menggunakan simbol  pun sehingga dua atau tiga muka surat, apatah lagi menggunakan sebutan ejaan. Jadi tidak menghairankan apabila kadangkala mereka menggunakan banyak kertas untuk mencari sesuatu penyelesaian matematik. Simbol = ini pula dijumpai buat kali pertama di dalam petikan buku The Whetstone of Wistle, oleh Robert Recorde yang diterbitkan pada tahun 1557.

Pada awal kurun ke-17, mereka menulis sistem bagi anu yang sama dengan mengulang kembali sebutan anu tersebut. Contohnya, a x a x a x a x a sebagai a a a a a dimana pada hari ini kita akan menulisnya sebagai ( a kuasa lima). Bayangkan jika mereka menulis bagi a kuasa lima puluh.Surprised                                                                                   

 

 

Sebenarnya asal-usul sistem nombor yang kita gunapakai sekarang masih lagi tidak dapat dipastikan kesahihan dan malah terdapat banyak keraguan. Namun teori yang paling banyak sekali diterima adalah ia berasal dari India pada kurun ke-3 sebelum Masehi, dibawa ke Baghdad pada kurun ke-8 dan kemudian diperkenalkan kepada dunia Barat. Penulisan sistem nombor ini muncul di India sebelum Zaman Kristian muncul lagi. Salah satu contoh rekod terawal sistem angka yang kekal  sehingga sekarang adalah ia ditemui di dalam gua di Bukit yang dipanggil Nana Ghat berdekatan dengan Bombay. Ia dipahat dan diintepretasikan.

                                                              

 

Kemudian pengesanan penting bagi angka ialah angka Brahmi. Bagi system angka Brahmi, ia telah ditambah dengan angka 3, 5 dan 8. Bentuk tulisan juga mempunyai sedikit kelainan. Ia telah dijumpai dalam bentuk inskripsi ukiran di Nasik, India yang dipercayai telah diukir pada kurun ke-2. Berikut adalah angka Brahmi yang mempunyai sembilan simbol.

                                                                     

 

 

Kemudian pada kurun ke-8, angka yang digunakan adalah angka “Devanagari” atau “suci”.dan karaktor tulisan adalah seperti berikut

                                                         

 

 

Pada zaman kegemilangan Arab, mereka memperkenalkan pula kepada tulisan lebih hampir kepada bentuk tulisan moden. Ia dikenal sebagai angka Gobar, berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “debu”.

                                                                            

 

Apabila semakin hampir kepada system tulisan angka moden, manuskrip Eropah tertua yang dicatatkan ayng dikatakan mengandungi angka Hindu-Arabic adalah Colex Vigilanus, ditulis di Sepanyol pada tahun 976. Sebanyak sembilan simbol juga digunakan.

                                                                    

 

Comments (0)

Last Updated on Friday, 20 February 2009 05:05
 

Daftar Masuk






Forgot your password?
Forgot your username?
No Account Yet? Create an account

Undian

Adakah pencapaian subjek Fizik bergantung kepada prestasi dalam subjek Matematik?
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.