|
Page 1 of 5
Majalah elektronik bertajuk Dunia Matematik dibangunkan menggunakan perisian JOOMLA’. Dunia Matematik yang dibangunkan memfokuskan kepada aktiviti berpusatkan pelajar dan berfungsi sebagai bahan sokongan perkhidmatan pembelajaran. Dunia Matematik merupakan sebuah majalah elektronik yang dinamik untuk masyarakat Malaysia dimana bahan yang disediakan bersifat komprehensif dan fleksibel. Penggunaannya menggalakkan pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Bahan yang dipaparkan juga dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik dan animasi. Selain itu, ia menerapkan penghargaan matematik yang berlaku di sekeliling ke dalam diri pelajar. E-majalah matematik ini juga menerapkan pembelajaran secara konstrukitivisme sosial dan pengalaman hands-on sesuai dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dunia Matematik benyak menekankan aspek penyelesaian masalah, kemahiran penggunaan pemikiran tahap tinggi, pemikiran kritis dan kreatif dan kemahiran generik. Menurut. Noor Azlan (2003), “the relationship of mathematics to the real world is the basic theme used in all the topics of the syllabus. KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah), in general, is mainly based on the constructive view of learning”. Secara umum, Dunia Matematik dikeluarkan sekali dalam sebulan. URL laman e-majalah matematik Dunia Matematik ialah http://mathed.utm.my/duniamatematik.
|