Home Sejarah

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Menu Utama


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Aktiviti Matematik


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Keluaran Lepas


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/duniamat/public_html/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Siapa Online?

We have 6 guests online

Pembuatan Batik PDF Print E-mail
Written by siti salwa alias   
Friday, 10 February 2012 07:00

 


 

 

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat adik-adik sekalian.

Pada edisi kali ini, di ruangan sejarah, adik-adik akan disajikan dengan sejarah pembuatan BATIK.

SEJARAH BATIK DUNIA

Mesti adik-adik pernah melihat guru-guru adik-adik memakai pakaian batik ketika di sekolah terutamanya pada hari Khamis. Gabungan warna dan corak yang terdapat pada kain serta baju batik sangat cantik dan menarik.

 


 

Pada masa kini, kain batik bukan sahaja dipakai oleh golongan korporat untuk majlis-majlis rasmi tetapi ia juga dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira tua atau muda. Corak dan warna yang terdapat pada kain batik pula dilukis dan diwarnakan mengikut edaran semasa. Terkini, negara kita telah mengeluarkan kain batik yang sesuai untuk semua kaum yang dikenali sebagai ‘Batik 1 Malaysia’. Batik kini diperaga dalam pelbagai salinan seperti baju kurung, baju kebaya, baju kemeja dan lain-lain.

 


 

Diruangan ini, ‘Dunia Matematik’ ingin berkongsi dengan adik-adik tentang sejarah pembuatan batik serta bagaimana terhasilnya corak batik yang kita boleh kaitkan dengan Matematik.

Batik merupakan satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan  Melayu. Kehalusan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi yang unggul bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

 

DEFINISI BATIK

 

BAHASA MELAYU : Titik

BAHASA JAWA : Setitik lilin

INDONESIA : Rintik-rintik putih

 

Untuk pengetahuan adik-adik, batik wujud sejak abad ke 15 Masihi lagi di mana manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Penemuan di Mesir dan Parsi menunjukkan bahawa batik telah dikenali semenjak abad ke-4 SM dengan penemuan kain pembungkus mumi untuk membentuk pola pada batik.

 Pada abad ke 7, batik mula digunakan di Jepun dan China. Selain itu, teknik batik juga telah dikenali di Nigeria dan Senegal. Di Indonesia, batik menjadi sanagt popular sejak zaman Majapahit. Batik cap mula dikenali setelah Perang Dunia pertama sekitar tahun 1920-an.

G.P Rouffaer berpendapat bahawa teknik batik berkemungkinan diperkenalkan dari India pada abad ke 6 manakala J.L.A Brandes iaitu seorang arkeologi dari Belanda dan F.A Sutjipto (arkeologi Indonesia) percaya bahawa tradisi batik adalah asli odari daerah Toraja, Flores, Halmahera dan Papua.

Pada abad ke 17, Sulalatus Salatin iaitu seorang lagenda dalam sastera melayu telah menceritakan Tentang Laksamana Hang Nadim yang telah diperintahkan oleh sultan Mahmud untuk belayar ke India agar mendapatkan 140 lembar kain ‘serasah’ dengan pola 40 jenis bunga pada setiap lembarnya. Disebabkan tidak dapat menurut perintah sultan, beliau telah membuat sendiri kain itu tetapi malangnya kapalnya karam ketika dalam perjalanan pulang dan beliau hanya mampu membawa 4 lembar sehingga membuatkan sultan kecewa. Penafsir mengatakan ‘serasah’ itu bermakna batik.

Selain itu, dalam sejarah Eropah, teknik batik ini pertama kali diceritakan dalam buku History of Java di London pada tahun 1817 yang ditulis oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Beliau merupakan Gabenor Inggeris di Jawa semasa Napoleon menduduki Belanda. Pada 1873 pula, seorang saudagar dari Belanda iaitu Van Rijekevorsel telah memberikan selembar kain batik yang diperolehnya ketika berkunjung ke Indonesia pada awal abad ke 19 di mana batik mula mencapai masa keemasannya. Batik Indonesia telah memukau seniman apabila dipamerkan di Exposition Universelle.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunnakan alatan moden dan batik jenis baru muncul yang dikenal sebagai batik cap dan batik cetak sementara batik tradisional yang dihasilkan dengan tulisan tangan menggunakan canting dan malam pula dikenali sebagai batik tulis.

 

SEJARAH BATIK MALAYSIA

Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa.

Kain batik Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan-rakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu.

Seterusnya, perkembangan pembuatan batik diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.

 

 


 

MATEMATIK DALAM PEMBUATAN BATIK

Adik-adik, pembuatan batik amat menarik kerana ia berunsurkan Matematik seperti :

 

Batik dan Matematik

 

CORAK

Melibatkan unit 2Dimensi dan 3Dimensi seperti simetri, garis lurus, segi empat tepat, bulatan, bintang, segi tiga dan lain-lain.

WARNA

Menggunakan unit Pecahan atau Nisbah untuk menentukan jumlah warna yang perlu digunakan untuk mewarna.

LEBAR KAIN

Pengiraan untuk kelebaran panjang kain yang akan digunakan akan melibatkan unit Ukuran Panjang.

AIR

Sukatan air yang akan digunakan untuk merendam kain batik memerlukan kepakaran dalam unit Isipadu Cecair.

Selain itu, untuk melihat cara pembuatan batik, adik-adik boleh melihat cara pembuatan serta hasil kerja anak seni tempatan dalam pembuatan batik menerusi laman YouTube.

i)                    http://www.youtube.com/watch?v=TEqiz=1Iz4o

ii)                  http://www.youtube.com/watch?v=PLHiAM71qAK

iii)                 http://www.youtube.com/watch?v=uqdx7FKs6IU

 

“ Matematik itu seni"

 

Sumbangan artikel oleh : Nur Ilyani

Comments (0)

 

Daftar Masuk






Forgot your password?
Forgot your username?
No Account Yet? Create an account

Undian

Adakah pencapaian subjek Fizik bergantung kepada prestasi dalam subjek Matematik?
 

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.